Filled Under:
,

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh atau nama ringkasnya SMK Sungai Acheh, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Tanjong Berembang.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh memiliki 641 pelajar lelaki dan 572 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1213 orang. Ia mempunyai seramai 85 orang guru

Pada tahun 2006,pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh, Mohamad Fazril Izzuan Bin Zainal Abidin telah berjaya menjadi pemain tenpin bowling pertama dari daerah Seberang Perai Selatan yang berjaya menduduki tempat 10 teratas dalam kategori individu lelaki pada Kejohanan Bowling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang 2006 yang telah berlangsung di Pusat Boling Megalanes,Prai.Beliau telah berjaya menduduki tempat ke-5 daripada 142 orang pemain yang telah mengambil bahagian setelah mencatat sebanyak 632 jatuhan pin dalam 4 permainan,ketinggalan sebanyak 58 pin dengan juara kategori tersebut Mohd Kamarul Nizam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya.Selain itu pihak sekolah juga telah menghantar 3 orang lagi pemain yang turut menyertai kategori yang sama iaitu Ahmad Syafiq Musa,Mohd Sufian,dan Mohd Noor Amin Bin Hamil Hamzah pada kejohanan tersebut.

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh
Tanjong Berembang
14310, Nibong Tebal.
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045931805
Fax = 6045941068





0 komen:

Post a Comment