Windows 8 Akan Dilancarkan Pada Oktober 2012


Dahulu, Windows adalah OS paling teratas dalam senarai mana-mana Operating System, OS yang paling terkenal di dunia, namun ia telah mengalami kejatuhan dalam tahun demi tahun sejak kebelakangan ini. Dengan bangkitnya Apple sejak sepanjang satu dekad yang lalu, produk syarikat dan perisian mereka telah menjadi sebahagian daripada perbualan dunia teknologi, dengan kehebatan Mac Apple telah mejatuhkan reputasi produk berpengalaman Windows.

Sejak beberapa tahun yang lepas para pengguna sudah mula melupakan produk Microsoft. Mereka lebih gemar menggunakan telefon pintar dan PC tablet dari OS seperti Android dan iOS sebagai peranti pengkomputeran utama mereka. Pengenalan Windows 8 adalah jawapan Microsoft untuk perubahan trend ini, ia diharapkan bahawa sistem operasi yang radikal direka semula akan membolehkan mereka untuk bersaing dengan Apple dan Android dalam seluruh pasaran PC desktop, telefon pintar dan tablet.

Windows 8 bakal menjadi sangat popular dan telah mendapat bilangan peminat yang besar yang tidak sabar lagi menunggu pelancaran rasmi produk yang yang telah siap. Bloomberg mendakwa bahawa Microsoft akan menghabiskan pembangunan Windows 8 pada musim panas ini menjelang Oktober tahun 2012 ini.

Jika laporan ini adalah tepat, pelancaran oktober akan datang adalah sebenarnya tiga tahun tepat selepas pelancaran Windows 7. Microsoft berminat untuk terus menggunakan jadual setiap tiga tahun mereka. Jika ia dilancarkan pada Oktober ini, ia merupakan salah satu strategi perniagaan yang baik dari Microsoft, yang membolehkan mereka yang ingin menikmati percutian musim panas dengan membeli tablet Windows 8 yang baru atau komputer riba di untuk digunakan bersama ahli keluarga dan orang yang disayangi.




Alien Shooter 2 : Vengeance full (direct download)

Manual:
_ Run setup
_ At setup complete -> Do not run game
_ Open to crack and copy crack file to the directory Alien shooter 2/Run
_ Copy to override the Maps in the Crack Alien shooter 2/Run/Maps
_ Override the Copy Text to the Text of the Patch Ti?ng Vi?t

FILE SETUP 1.19 GB(direct download)
DOWNLOAD SETUP

CRACK 2 MB (mediafire)
DOWNLOAD CRACK

English Patch 19MB (Mediafire)
DOWNLOAD ENGLISH PATCH




Internet Download Manager 6.10 Build 2


What’s new in version 6.10 Build 2 (Released: Mar 16, 2012):

* Fixed a bug in IE integration module because of which “Tracking Protection Lists” feature of Internet Explorer did not work properly

SCREENSHOT


Download Links

Mediafire



Google Play Store Mengantikan Android Market

Sejak (07.03.2012) laman Android Market sudah tidak wujud lagi ia digantikan dengan Google Play Store. 





Syarikat Google telah memperkenalkan Google Play, sebuah layanan web yang menyatukan Google Music (Google Play Songs), Google eBookstore (Google Play Ebooks), dan Android Market (Google Play Store). Kini semua layanan tersebut boleh dinikmati melalui satu pintu, iaitu Google Play. Ini bermaksud, anda hanya perlu untuk login ke salah satu layanan web tersebut untuk menikmati ke semua layanan yang ada, kerana ianya saling berhubung melalui satu nama iaitu, Google Play. Walaupun begitu, layanan web tersebut buat masa ini hanya berganti nama. Semua ini bermaksud sebagai penyeragaman produk keluaran Google.




Ganjaran 1 Juta USD kepada Sesiapa Yang Berjaya Menggodam Google Chrome

Google telah berjanji untuk memberikan hadiah wang tunai berjumlah 1 juta kepada penggodam yang berjaya mengeksploitasi pelayar krom pada persidangan keselamatan CanSecWest minggu depan. Chrome merupakan satu-satunya pelayar internet yang tidak mempunyai sebarang rekod eksploitasi sepanjang 6 tahun ia diciptakan.

Google akan memberi ganjaran kepada pemenang dengan hadiah sebanyak $ 60,000, $ 40,000 dan $ 20,000 bergantung kepada tahap eksploitasi yang mereka mampu lakukan pada pelayar krom yang menggunakan sistem operasi Windows 7. Kakitangan pasukan keselamatan syarikat telah mengumumkan pertandingan Pwnium itu di blog mereka pada hari Isnin yang lepas.

Hadiah tidak akan dibahagi-bahagikan, dan akan diberikan mengikut konsep 'first-come-first-served' sehingga nilai $ 1 juta dicapai. Selain itu, semua pemenang juga akan menerima Chromebook.

Berdasarkan artikel blog tersebut, penyelidik memaklumkan bahawa Google telah menarik diri sebagai penaja utama pertandingan Pwn2Own itu selepas mendapati perubahan peraturan yang membolehkan penggodam untuk memenangi hadiah tanpa perlu mendedahkan butiran dan maklumat diri yang penuh kepada syarikat pelayar.









Sumber : http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=88050



Ulasan Windows 8 Consumer Preview

Kebelakangan ini,sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di seluruh jagatraya tentang kehadiran sistem operasi terbaru daripada Microsoft iaitu Windows 8.Premis ini jelas memberitahu bahawa masyarakat dunia tidak sabar-sabar menanti kemunculan sistem operasi terbaru itu. Windows 8 Developer Preview yang menerima pelbagai reaksi positif pada tempoh hari telah meningkatkan api semangat Microsoft untuk memajukan lagi pembangunan Windows 8. Kini, Microsoft tampil di mata dunia sekali lagi dengan melancarkan versi pembangunan Windows 8 Consumer Preview kepada pengguna secara rasminya.


Arbitrari yang dilakukan mendapati bahawa sebanyak 100 000 perubahan signifikan telah dibawa oleh Windows 8 Consumer Preview daripada versi yang sebelumnya iaitu Windows 8 Developer Preview. Lantarannya, pelbagai pendekatan yang dominan telah diketengahkan untuk memajukan sistem operasi ini ke takuk yang lebih mantap. Memetik kata-kata seorang tokoh terkenal, “masa ibarat pedang”, kami akan menerangkan beberapa fungsi dan perubahan yang terbaru pada Windows 8 Consumer Preview.
Boot Screen
click for zoom
Pada versi yang sebelumnya, proses boot pada Windows 8 Developer Preview telah didatangkan dengan perkataan “Windows Developer Preview” serta titik bulatan beranimasi yang sangat menarik. Perkara itu masih diteruskan lagi pada Windows 8 Consumer Preview dengan menggantikan perkataan tersebut kepada logo Betta Fish versi Metro. Hal ini menunjukkan bahawa sistem operasi itu masih lagi dalam versi percubaan sebelum dilancarkan kelak. Pada akhir sesi boot, sama seperti versi yang sebelumnya, paparan tersebut akan hilang dengan fade effect yang pasti memukau perhatian buat kali pertama melihatnya.
Start Screen
click to zoom
Selepas proses login, seperti mana pada Windows 8 Developer Preview, pengguna akan dibawa ke Start Screen yang menempatkan pelbagai tile aplikasi yang antaranya berasaskan teknologi HTML5. Menariknya, aplikasi yang berasaskan teknologi ini memudahkan pengguna mengakses sesuatu informasi tanpa perlu membuka dan melayari internet dengan menggunakan pelayar web. Terdapat juga tile untuk program yang biasa dilihat pada desktop konvensional Windows seperti Windows Explorer, Internet Explorer, Desktop, Control Panel, dan lain-lain.
Pada versi Windows 8 Consumer Preview, Start screen didatangkan dengan warna latar belakang berwarna biru secara default. Tidak seperti Windows 8 Developer Preview, versi kini membolehkan pengguna menukar reka bentuk latar belakang serta menukar warna latar belakang tersebut.
September lalu, pada persidangan tahunan BUILD, Microsoft telah memaparkan satu fungsi menarik yang dikenali sebagai semantic zoom, tetapi tidak dimasukkan pada Windows 8 Developer Preview. Fungsi semantic zoom membenarkan pengguna mengecilkan Start Screen untuk melihat aplikasi yang berada pada Start Screen tersebut secara menyeluruh. Dari situ, pengguna dapat mengurus, mengubah kedudukan serta menamakan kumpulan aplikasi secara bebas mengikut kehendak pengguna.
click to zoom
Disamping memperkenalkan fungsi semantic zoom pada Windows 8 Consumer Preview, Microsoft juga telah membawa pelbagai pembaharuan pengawalan Start Screen. Jika diteliti, satu fungsi yang dikenali sebagai hidden app bar menawarkan kepada pengguna untuk pin sebarang perisian executable, laman web, kontak, dan lain-lain lagi. Pengguna yang menggunakan desktop juga boleh menggunakan satu fungsi baru yang dipanggil Push untuk skrol kandungan Start Screen secara pantas dengan mengheret kursor ke tepi kiri dan kanan skrin.
Interner Explorer 10
Windows 8 Consumer Preview telah tampil dengan versi pelayar web Internet Explorer 10 yang membawakan versi kod Consumer Preview. Sama seperti pada Windows 8 Developer Preview, ia tampil dalam dua versi, satu versi Desktop Internet Explorer 10 dan satu lagi Internet Explorer 10 dengan antara muka metro. Desktop Internet Explorer 10 masih lagi meneruskan pelayaran web yang pantas dengan sokongan plug-in dan extension. Manakala untuk Internet Explorer 10 dengan antaramuka metro merupakan pelayar bebas plug-in untuk menjamin kestabilan penggunaan.
click to zoom
Apa yang dapat disaksikan, tiada pembaharuan antara muka yang dibawa oleh Windows Internet Explorer 10 pada Windows 8 Consumer Preview sama ada pada mod desktop atau mod metro. Menurut rubrik-rubrik blog di internet, hanya sebahagian perubahan kecil dibelakang tabir sahaja telah dimasukkan ke dalam versi Internet Explorer ini. Walau bagaimanapun, kejituan, kepantasan, dan kestabilan pelayar web ini amat dipuji berbanding versi yang sebelumnya.
click to zoom
Store
Relevan dengan kehendak zaman, syarikat gergasi dari Redmond itu telah membawakan pembaharuan dengan mengimplementasikan fungsi Store pada Windows 8. Fungsi ini dilihat dapat memudahkan pengguna untuk memuat turun aplikasi Metro dengan antara muka yang serba ringkas dan pantas. Apa yang menariknya, Microsoft menawarkan kesemua aplikasi yang berada di Store tersebut secara percuma sehingga versi akhir tiba menjelang hujung tahun ini.
click to zoom

Add caption
Fungsi Desktop
Fungsi Desktop yang diibaratkan seperti “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” ini masih lagi dikekalkan dalam Windows 8. Secara amnya, antara muka dekstop dan pengalaman menggunakannya saling tidak tumpah seperti menggunakan sistem operasi Windows 7. Pengguna boleh mengaksesnya dengan membuat klik pada tile Desktop di Start Screen. Melalui fungsi ini, pengguna masih lagi dapat mengakses Desktop seperti mana mereka gunakan pada versi Windows yang sebelumnya.
Perubahan yang jelas menonjol pada paparan desktop Windows 8 Consumer Preview ini dapat disaksikan dengan ketiadaan butang Start menu pada bahagian kiri bawah skrin. Start menu yang menjadi sajian harian pengguna PC selama hampir dua dekad ini telah digantikan dengan fungsi Start screen yang amat menarik penggunaannya. Untuk mengakses kembali ke Start screen, pengguna hanya perlu membawa kursor ke sedikit bawah tempat asal Start menu.
click to zoom
Tiada pembaharuan Windows Explorer yang dilakukan pada Windows 8 Consumer Preview cuma ada satu perubahan kecil yang dilihat yang mana ribbon toolbar kini telah di-hide-kan secara default. Sifat ribbon yang mengambil ruang yang besar sememangnya menimbulkan ketidakselesaan sesetengah pengguna akan fungsi itu. Sama seperti versi pembangunan Windows 8 Developer Preview, Windows Explorer pada Windows 8 Consumer Preview masih mengekalkan butang “Up” dan nama program di bahagian tengah titlebar.
Lock Screen

Fungsi Lock Screen pada Windows 8 Consumer Preview membolehkan pengguna menukar gambar pada Lock Screen tersebut dengan enam pilihan gambar latar belakang yang menyejukkan halwa mata. Paparan Lock Screen pada Windows 8 memaparkan waktu serta notification yang berlatar belakangkan wallpaper yang telah ditetapkan pengguna tersebut.
Untuk keluar daripada Lock Screen, pengguna perlu mengheretkan Lock Screen tersebut ke atas dan Windows akan membawa pengguna ke tempat sebelum Lock Screen diaktifkan seperti Desktop atau Start screen semula.
Control Panel
click to zoom
Windows 8 Consumer Preview masih mengekalkan nilai elegan pada antara muka Control Panel versi metro. Control Panel versi Desktop masih lagi sama seperti yang terdapat pada versi pembangunan yang sebelumnya. Untuk pengetahuan umum, Windows 8 telah didatangkan dengan dua Control Panel pada mod yang berbeza. Satu Control Panel untuk Desktop dan satu lagi Control Panel dari Start Screen. Segala tetapan telah disatukan dalam antara muka Metro yang kemas dan ringkas.
Charm Bar
Windows 8 sememangnya direka untuk memudahkan pengguna melakukan tugasan harian mereka. Fungsi yang diberi nama Charm Bar menjadi elemen yang cukup penting bagi sistem operasi ini agar lebih mudah untuk digunakan. Untuk memaparkan fungsi tersebut, pengguna hanya perlu menggerakkan kursor di penghujung kanan atas skrin atau menggunakan kombinasi butang Windows + C pada keyboard. Pada Windows 8 Consumer Preview, logo Windows telah digantikan dengan logo baru yang lebih signifikan untuk ke Start screen.
click to zoom
click to zoom
click to zoom
 Charm Bar yang direka memudahkan pengguna mengakses beberapa tugasan pada Windows 8 seperti akses pantas ke Start Screen atau menggunakannya untuk tugasan pantas yang lain seperti mengawal sambungan WiFi atau shut down komputer.









XLaunchpad - Aplikasi LaunchPad Mac OS X Kepada Windows

Berikutan daripada fungsi-fungsi terbaru dan gaya menarik yang terdapat pada sistem operasi Mac, banyak aplikasi telah dibangunkan dengan mengambil idea – meniru paparan dan fungsi terbaru daripadanya. Diantara yang menjadi fokus orang ramai adalah aplikasi Launchpad yang memudahkan navigasi dan kelancaran pengguna dalam melancarkan shortcut. Dan apa yang menariknya, kini anda juga boleh mendapatkan fungsi tersebut pada sistem operasi Windows dengan XLaunchpad.




Aplikasi XLaunchpad ini dibawakan oleh pembangun XWidget  (alternatif Rainmeter) dan ia merupakan pelancar yang mudah dikendalikan dengan kepelbagaian fungsi dan tetapan untuk kesesuaian pengguna.




Selepas pemasangan XLaunchpad, anda boleh aktfikannya dengan membawa kursor disisi atas penjuru kiri atau dengan menekan butang F12.  Sebarang tetapan lanjutan serta penambahan pautan dapat dilakukan dengan klik kanan dan pilih menu bersesuaian.




XLaunchpad turut diperkenalkan dengan fungsi Desk Mod yang membolehkan anda menetapkan XLaunchpad sebagai pengganti desktop sekaligus menjadikannya lebih menarik dan kelihatan kemas.








Windows XP Kekal Kuasai Dunia, Walaupun Dikejar Rapat Windows 7

Windows XP kekal sebagai sistem operasi paling popular secara umumnya walaupun bilangan pengguna Windows XP yang berhijrah ke Windows 7 semakin meningkat sejak beberapa bulan yang lepas.

Berdasarkan statistik sistem operasi untuk bulan Februari 2012, NetApplications mendapati bahawa perkongsian pasaran XP menurun kepada 45 peratus daripada 47 peratus pada bulan Januari. Pada masa yang sama, Windows 7 meraih peningkatan 38 peratus daripada jumlah semua pengguna, iaitu peningkatan sebanyak 2 peratus daripada bulan sebelumnya.

Kajian terkini menunjukkan satu pola di mana XP semakin beransur hilang, manakala Windows 7 telah menunjukkan peningkatan untuk setiap tahun. Pada bulan Februari 2011, XP memiliki lebih daripada separuh pasaran iaitu pada 57 peratus, manakala Windows 7 hanya mempunyai 24 peratus kuasa pasaran. Dan walaupun XP naik sedikit pada bulan Januari, ia kini semakin menurun tanpa mengalami sebarang peningkatan.

Windows 7 telah memenangi mata peratusan tambahan sepanjang tahun lepas dan menunjukkan peningkatan yang tetap setiap bulan sejak lebih daripada dua tahun lalu. Sistem operasi Microsoft yang dikatakan gagal - Windows Vista - semakin kehilangan lebih pengguna, di mana ia kini menduduki carta dengan hanya 8 peratus daripada jumlah pasaran.

Sementara itu, pihak Microsoft kini menggalakkan orang ramai untuk berhijrah dari XP ke Windows 7.

Syarikat itu telah mengingatkan penggunanya terutamanya syarikat yang menggunakan XP di mana bantuan serta sokongan XP akan ditutup secara rasminya pada bulan April 2014, di mana patch keselamatan, pembetulan pepijat, atau kemas kini tidak lagi boleh didapati.

Walaupun Microsoft telah menunjukkan usaha yang agak besar dalam penghasilan sistem operasinya yang terbaru, iaitu Windows 8, mereka menasihatkan mana-mana syarikat yang masih menggunakan XP supaya tidak melengahkan masa dan menunggu sehingga OS baru dikeluarkan dan sebaliknya berhijrah ke Windows 7 sekarang. Syarikat gergasi perisian itu melancarkan Windows 8 beta, atau Consumer Preview, semalam pada Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, ​​Sepanyol.

Windows 8 Developer Preview, yang dilancarkan pada September, menyumbang hanya 0.3 peratus daripada pasaran pada Februari, mengikut laporan NetApplications. Pasti menarik untuk melihat berapa banyak kuasa pasaran Consumer Preview untuk bulan Mac apabila firma penyelidikan mengeluarkan laporan seterusnya.













Sumber