Filled Under:
,

Windows XP Kekal Kuasai Dunia, Walaupun Dikejar Rapat Windows 7

Windows XP kekal sebagai sistem operasi paling popular secara umumnya walaupun bilangan pengguna Windows XP yang berhijrah ke Windows 7 semakin meningkat sejak beberapa bulan yang lepas.

Berdasarkan statistik sistem operasi untuk bulan Februari 2012, NetApplications mendapati bahawa perkongsian pasaran XP menurun kepada 45 peratus daripada 47 peratus pada bulan Januari. Pada masa yang sama, Windows 7 meraih peningkatan 38 peratus daripada jumlah semua pengguna, iaitu peningkatan sebanyak 2 peratus daripada bulan sebelumnya.

Kajian terkini menunjukkan satu pola di mana XP semakin beransur hilang, manakala Windows 7 telah menunjukkan peningkatan untuk setiap tahun. Pada bulan Februari 2011, XP memiliki lebih daripada separuh pasaran iaitu pada 57 peratus, manakala Windows 7 hanya mempunyai 24 peratus kuasa pasaran. Dan walaupun XP naik sedikit pada bulan Januari, ia kini semakin menurun tanpa mengalami sebarang peningkatan.

Windows 7 telah memenangi mata peratusan tambahan sepanjang tahun lepas dan menunjukkan peningkatan yang tetap setiap bulan sejak lebih daripada dua tahun lalu. Sistem operasi Microsoft yang dikatakan gagal - Windows Vista - semakin kehilangan lebih pengguna, di mana ia kini menduduki carta dengan hanya 8 peratus daripada jumlah pasaran.

Sementara itu, pihak Microsoft kini menggalakkan orang ramai untuk berhijrah dari XP ke Windows 7.

Syarikat itu telah mengingatkan penggunanya terutamanya syarikat yang menggunakan XP di mana bantuan serta sokongan XP akan ditutup secara rasminya pada bulan April 2014, di mana patch keselamatan, pembetulan pepijat, atau kemas kini tidak lagi boleh didapati.

Walaupun Microsoft telah menunjukkan usaha yang agak besar dalam penghasilan sistem operasinya yang terbaru, iaitu Windows 8, mereka menasihatkan mana-mana syarikat yang masih menggunakan XP supaya tidak melengahkan masa dan menunggu sehingga OS baru dikeluarkan dan sebaliknya berhijrah ke Windows 7 sekarang. Syarikat gergasi perisian itu melancarkan Windows 8 beta, atau Consumer Preview, semalam pada Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, ​​Sepanyol.

Windows 8 Developer Preview, yang dilancarkan pada September, menyumbang hanya 0.3 peratus daripada pasaran pada Februari, mengikut laporan NetApplications. Pasti menarik untuk melihat berapa banyak kuasa pasaran Consumer Preview untuk bulan Mac apabila firma penyelidikan mengeluarkan laporan seterusnya.













Sumber





0 komen:

Post a Comment