Filled Under:
, ,

XLaunchpad - Aplikasi LaunchPad Mac OS X Kepada Windows

Berikutan daripada fungsi-fungsi terbaru dan gaya menarik yang terdapat pada sistem operasi Mac, banyak aplikasi telah dibangunkan dengan mengambil idea – meniru paparan dan fungsi terbaru daripadanya. Diantara yang menjadi fokus orang ramai adalah aplikasi Launchpad yang memudahkan navigasi dan kelancaran pengguna dalam melancarkan shortcut. Dan apa yang menariknya, kini anda juga boleh mendapatkan fungsi tersebut pada sistem operasi Windows dengan XLaunchpad.




Aplikasi XLaunchpad ini dibawakan oleh pembangun XWidget  (alternatif Rainmeter) dan ia merupakan pelancar yang mudah dikendalikan dengan kepelbagaian fungsi dan tetapan untuk kesesuaian pengguna.




Selepas pemasangan XLaunchpad, anda boleh aktfikannya dengan membawa kursor disisi atas penjuru kiri atau dengan menekan butang F12.  Sebarang tetapan lanjutan serta penambahan pautan dapat dilakukan dengan klik kanan dan pilih menu bersesuaian.




XLaunchpad turut diperkenalkan dengan fungsi Desk Mod yang membolehkan anda menetapkan XLaunchpad sebagai pengganti desktop sekaligus menjadikannya lebih menarik dan kelihatan kemas.










0 komen:

Post a Comment