Bermula tahun 2012, novel Tingkatan Tiga akan ditukar semula. Bagi Zon Johor, Sabah dan Sarawak, novel komponen sastera ialah Cempaka Putih Untukmu. Karya daripada Puan Rohani Deraman. Setelah cikgu membaca buku novel ini, saya mendapati bahawa novel ini memang sesuai sebagai bahan bacaan Tingkatan Tiga. Bahasa yang digunakan bersahaja dan mudah difahami sesuai untuk semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Novel ini yang bertemakan persahabatan antara dua kaum juga selaras dengan hasrat negara kita untuk melahirkan masyarakat yang harmoni. Perkembangan plot secara kronologi akan memudahkan pelajar memahami cerita berkenaan tetapi menarik kerana disispkan pelbagai kejutan dan saspens. Tahniah dan Syabas kepada Puan Rohani Deraman yang berjaya menghasilkan karya yang bermutu untuk remaja kita. Semoga beliau akan terus berjuang untuk menghasilkan karya yang lebih unggul dan terbilang.
Seterusnya saya akan berusaha untuk menyediakan pengetahuan komsas tentang novel tersebut kepada pelajar Tingkatan Tiga 2012 sebagai rujukan.
Tema
Persahabatan yang akrab dan ikhlas antara dua orang remaja tanpa mengira latar belakang dan keturunan
- Hartini dan Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
- Hartini tetap mengunjungi Satiah meskipun hubungan keluarga mereka renggang.
- Hartini dan Satiah sering berutus surat walaupun tinggal berjauhan semasa di asrama.
Persoalan
1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
- Contohnya Encik Hasrul dan Pn Sarah sayang akan anak mereka dan sentiasa mengambil berat perkembangan anak mereka di sekolah
2. Persoalan menghargai persahabatan/ semangat setiakawan dalam persahabatan
- Hartini tetap mengingati Satiah yang telah meninggal dunia akibat penyakitnya dengan menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda persahabatan.
3. Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
- Encik Hasrul amat prihatin terhadap kesihatan satiah dan mendesak Pak morit membenarkannya menghantar Satiah ke hospital kerana penyakit Satiah amat serius dan tidak boleh diubati dengan cara perubatan tradisional.
4. Persoalan berdikari
- Hartini dan Satiah hidup berdikari semasa tinggal di asrama
5. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup
- Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari
Watak Utama
Hartini
1.Tabah
- Hartini menerima berita kematian sahabat karibnya, Satiah dengan hati yang tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.
2.Penyayang
- Hartini amat menyayangi Satiah sehingga sanggup menjaga Satiah sewaktu dia sakit.
3.Berani
- Hartini berani menghadapi Pak Morit yang bengis demi kebaikan sahabatnya Satiah. Dia memujuk Pak Morit supaya bersetuju Satiah dirawat di hospital
4.Rajin
- Disebabkan kerajinannya mengulangkaji pelajaran, Hartini berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR iaitu 7A 1B.
5.Berdikari
- Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan
6.Berdikari
- Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan
Watak Sampingan
Satiah
1.Penyayang
- Satiah amat menyayangi Hartini dan kedua ibu bapanya. Buktinya ,dia menangis apabila mengetahui Hartini ditahan di dalam lokap. Malah Satiah sanggup datang ke lokap untuk memberi semangat dan dorongan kepada Hartini.
2.Bertanggungjawab
- Satiah berrtanggungjawab menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar sehingga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR.
3.Baik hati
- Dia banyak membantu ketika tinggal di rumah Encik Hasrul. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh
Pak Morit
1.Ego dan keras kepala
- Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.
2.Insaf atas kesalahan yang lalu
- Pak Morit berasa kesal akan sikapnya selama ini yang tidak membenarkan Satiah dirawat di hospital sedangka penyakit Satiah semakin kritikal lalu akhirnya meninggal dunia.
3.Baik hati
- Dia membenarkan Satiah mendapatkan rawatan di hospital apabila keadaan Satiah semakin tenat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat orang asli
- Masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong mengadakan kenduriuntuk menyambut kedatangan Pegawai Pertanian iaitu Encik Hasrul.
2.Masyarakat pelajar
- Hartini dan Satiah merupakan pelajar di Tingkatan Tiga Teratai, sekolah Menengah Kuala Batu .
3.Masyarakat yang bertanggungjawab
- Encik Hasrul sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan tanggungjawabnya memajukan masyarakat pedalaman.
4.Masyarakat yang melakukan kezaliman
- Junainah berdendam dengan Hartini yang telah menamparnya dengan membuat rancangan menuduh Hartini memiliki pil ecstacy sehingga Hartini di tahan di dalam lokap.
5.Masyarakat yang ego
- Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.
6.Golongan pelajar yang minat belajar
- Hartini Dan Satiah sangat minat dan rajin belajar sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama.
Nilai
1. Nilai Bertanggungjawab
- Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah.
2.Nilai Kasih sayang
- Encik Hasrul dan Puan Sarah juga sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital
3.Nilai Ketabahan
- Contohnya Satiah sentiasa sabar dan tabah terhadap penyakitnya. Walaupun dia menanggung penderitaan yang tidak terperi, dia tetap bertenang dan tidak mahu kawan dan emaknya menaruh bimbang terhadapnya.
4. Nilai Baik Hati
- Ketika tinggal di rumah Hartini, Satiah sentiasa membantu kerja-kerja rumah. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh.
5. Nilai Keberanian
- Hartini sanggup dimarahi oleh Pak Morit supaya Satiah dapat dihantar ke hospital kerana tidak sanggup melihat penderitaan Satiah akibat penyakit barah paru-paru.
6. Nilai Setia kawan
- Contohnya persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan
- Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah
2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa.
- Hartini hormat kepada ibu bapanya. Ketika menghadapi kegelisahan, dia akan meminta pandangan daripada ibu bapanya. Satiah juga hormat dan taat kepada ibu bapanya. Dia menerima perintah bapa tanpa mengingkari kehendak bapanya.
3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan
- Encik Hasrul dan isterinya sedia memberikan bantuan kepada orang lain. Mereka sentiasa menghantar Satiah ke hospital dan sanggup menanggung kos perubatan Satiah.
4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
- Hasrul dan Puan Sarah sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital
5. Kita perlulah bersikap setia kawan
- persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit.
6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup
- Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari.
baek nih
ReplyDeleteig: @haikal.lyf
ReplyDeleteI want prihatin QAQ
ReplyDeletethis is so helping me..thank you
ReplyDeletethis is so helping me..thank you
ReplyDeleteSangat membantu
ReplyDeletePerlukan lebih penjelasan
ReplyDeleteguys.. wish me luck because im having my pt3 today :D
ReplyDeleteguys.. wish me luck because im having my pt3 today :D
ReplyDeleteHarini pt3 oi wish me luck
ReplyDeleteHarini pt3 oi wish me luck
ReplyDelete