BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Imperialisme Barat di Asia Tenggara
1.Apakah yang dimaksudkan Imperialisme Barat?
- Dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilauahnya dengan menjajah Negara lain.
- Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke 16.
- Kegiatan ini didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai politik, ekonomi dan sosial kawasan ini.
2.Senaraikan Negara Imperialis Barat dan Negara Asia Tenggara yang dijajah.
Imperialis Barat Negara yang dijajah:
- Portugis - Melaka dan Timor-timur,
- Sepanyol - Filipina
- Belanda - Indonesia
- Britain - Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, Burma
- Perancis - Indochina
- Amerika Syarikat - Filipina
3.Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat di Asia Tenggara.
- Kedudukan yang strategik kerana terletak di antara China dan India menarik minat imperialisme barat
- Tanahnya yang subur sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti tebu, kopi, kelapa, getah,kelapa sawit dan tembakau
- Kawasan ini kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum
- Kepesatan sektor perindustrian membolehkan pengeluaran pelbagai hasil perkilangan besar-besaran dan memerlukan bahan mentah secara konsisten
- Memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil pengeluaran kilang.
- Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang banyak dan mempercepatkan perjalanan antara barat dengan timur serta menjimatkan kos pengangkutan
- Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan jarak perjalanan, selamat dan menjimatkan kos di antara Barat dan Timur
- Penciptaan telegraf dapat menghubungkan antara Barat dengan Timur memberikan arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dan wakil perniagaan dengan lebih cepat dan berkesan
- Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan Negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa imperialisme kerana keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaa
- Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam imperialisme mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.
- Merasakan bertanggungjawab untuk memimpin orang timur kearah kehidupan yang lebih ejahtera
- Perancis dengan slogan tugas menyebarkan tamadun di Timur melalui mubaligh kristian menyebarkan agama kristian kepada penduduk tanah jajahan.
0 komen:
Post a Comment