Filled Under:
,

Ulasan perisian MostSMS Program, hasilan @cybernetic88

Pada tahun 2010, penulis pernah memaparkan ulasan tentang perkhidmatan SMS percuma yang dikendalikan oleh Cypearl Sdn. Bhd. Sehingga hari ini, pengguna boleh menghantar SMS percuma ke seluruh negara ke mana-mana jua operator telefon di Malaysia.


Baru-baru ini, cybernetic88 yang terkenal dengan hasilan Radio Malaysia V4, telah menghasilkan hasil kerja baharu beliau, iaitu MostSMS Program.


Perisian ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti di laman MostSMS. Namun, pengguna tidak perlu lagi mengakses ke laman tersebut untuk menggunakannya.

Pertama kali mencuba, satu ralat muncul berbunyi begini:
Component ‘Mscomctl.ocx’ or one of its dependencies not correctly registered: a file is missing or invalid.
Setelah menghubungi pembangun, rupa-rupanya terdapat plugin yang tertinggal. Andai kata pembaca juga mengalami masalah yang sama seperti penulis, muat turun di sini dan letakkan bersama di dalam folder MostSMS Program. Insyallah, selesai masalah.
Setelah mencuba beberapa kali, penulis mendapati bahawa antara mukanya yang ringkas dan mudah dikendalikan. SMS yang dihantar terhad kepada 3 nombor telefon sahaja dalam satu-satu masa manakala had maksimum satu SMS ialah 94 aksara. Setiap mesej yang sampai ke penerima akan direkodkan untuk tujuan semakan peribadi.

Pastikan sambungan internet ada sebelum menghantar SMS saudara. Beginilah rupanya SMS yang diterima di telefon.


Selamat mencuba!


Muat Turun mostSMS Program Version 1 di bawah :
http://adf.ly/3T4JN








0 komen:

Post a Comment