Filled Under:
,

Logo Microsoft Terbaru

Setelah 25 tahun, gergasi perisian Microsoft hari ini memperkenalkan logo baru untuk penjenamaan dan korporat syarikat tersebut. Logo baru tersebut mengetengahkan konsep Metro dan lebih membawakan rekabentuk yang konsisten terhadap kesemua produk yang dibangunkan oleh syarikat tersebut.

Berbeza dengan logo terdahulu, logo baru ini mempunyai gabungan teks dari muka tiap Segoe dan simbol. Menurut Microsoft, simbol gabungan segi empat yang menggunakan kombinasi empat warna itu menggambarkan produk utama yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.





0 komen:

Post a Comment