Filled Under:

Apakah Jantina Komputer ?



Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.

Pada hakikatnya, komputer itu adalah satu objek yang tidak mempunyai jantina. Tetapi berdasarkan kepada sifat dan watak itu sendiri kita dapat menafsirkan jantina komputer dengan lebih tepat.

Bagi golongan perempuan, komputer lebih tepat untuk dirujuk sebagai lelaki kerana :

1. Untuk mendapatkan perhatian mereka, anda perlu " turn on "
mereka.
2. Mereka memiliki banyak data tapi masih lagi " clueless ".
3. Mereka seharusnya ada untuk membantu anda menyelesaikan
masalah , tapi kadangkala mereka adalah masalah.
4. Anda harus sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik jika
anda tidak mahu diganti.

Bagi lelaki pula komputer itu boleh dianggap feminin kerana :

1. Tidak seorang pun kecuali pencipta mereka memahami logik
dalaman mereka.
2. Bahasa yang mereka gunakan untuk berkomunikasi dengan
komputer lain tidak boleh difahami melainkan golongan mereka
sendiri.
3. Walaupun kesalahan terkecil anda lakukan ianya akan
disimpan didalam memori jangka panjang untuk masa hadapan
4. Anda harus sentiasa mengeluarkan duit yang banyak untuk
memastikan komputer anda beroperasi dengan baik

Kenyataanya, komputer tu objek yang memang tak ada jantina. Tapi berdasarkan banyak fakta dan kenyataan tentang komputer, lebih tepat jika komputer tu kita klasifikasikan sebagai wanita...

P/S : AlienWare adalah komputer lelaki...
SUMBER : Ohbelog.com





0 komen:

Post a Comment