Anda kini boleh mengemaskini Chrome terbaru iaitu versi Chrome 17 yang baru dikeluarkan pada 8 Februari 2012. Nampak semakin banyak pembaharuan yang telah dilakukan oleh pihak Google terhadap web browser kesayangan mereka ini.
Pembaharuan yang telah dilakukan ke atas chrome versi 17 ini adalah dari segi kelajuan melayari internet dan juga sekuriti yang diketatkan ketika memuat turun fail dari sesuatu laman yang tidak dikenali.
Sebelum memuat turun fail ke dalam desktop/laptop anda, jika anda menggunakan Chrome, ia akan terlebih dahulu menyemak laman tersebut di carian enjin Google bagi memastikan laman tersebut bebas dari serangan malware. Ini dapat memastikan keselamatan desktop/laptop pengguna bebas dari memuat turun fail yang mengandungi malware dari pihak ketiga.
Atau anda juga boleh mengemaskini Chrome yang lama kepada Chrome 17 dengan pergi ke Wrench Menu > About Google Chrome
via CNet.com
0 komen:
Post a Comment