Filled Under:

Laman beli-belah online popular di Malaysia

Dengan meningkatnya populariti laman web seperti AirAsia dan Groupon Malaysia, pengguna tempatan kini semakin selesa dengan pembelian melalui Internet. Ianya menjimatkan masa, anda tidak perlu keluar dan boleh melakukan segala urusan terus dari rumah.
Berapa kerapkah anda menggunakan perkhidmatan seperti ini? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan laman web yang boleh memudahkan urusan anda setiap hari.

Maybank2U adalah laman tempatan yang paling kerap dilawati oleh rakyat Malaysia (mengikut senarai Alexa). Pelbagai urusan perbankan boleh dilakukan seperti memindahkan wang atau membeli kredit tambah nilai bagi telefon.
Malah jika anda mempunyai kad debit Maybank (setiap pemegang akaun Maybank akan mempunyai kad ini), anda boleh menggunakannya sebagai kad kredit untuk pembelian di laman web seperti AirAsia dan Amazon.

AirAsia telah mencetuskan revolusi dalam meyakinkan pengguna Malaysia untuk membuat pembelian secara online. Dengan harga tiket yang sangat murah, anda boleh membuat tempahan tiket serta mengatur jadual penerbangan terus di laman web ini.

Groupon telah membawa pembelian online di Malaysia ke tahap yang baru di mana ia menawarkan produk, perkhidmatan, pakej percutian, dan banyak lagi. Bukan sahaja anda dapat meneroka pelbagai tempat baru di bandar anda, malah anda dapat menikmatinya pada harga yang sangat rendah.
Selain daripada Groupon Malaysia, terdapat pelbagai laman sepertinya contohnyaEverydayMyDeal, dan MilkADeal.

Amazon memang dikenali sebagai laman beli-belah pertama antarabangsa. Namun saya sendiri tidak menggunakannya sehinggalah munculnya Kindle, di mana anda boleh mendapatkan segala jenis buku dalam bentuk elektronik, terus dihantar kepada komputer/peranti anda. Bukan sahaja anda berpeluang mendapatkan pelbagai tajuk yang terbaru, malah ianya juga lebih murah berbanding buku fizikal yang biasa.

Steam membuka mata saya yang perisian asli tidak semestinya mahal. Steam menawarkan pelbagai permainan komputer lama dan baru, dan ianya juga akan terus dihantar kepada komputer anda.
Anda ada cadangan untuk senarai ini?

Adakah anda menggunakan laman web selain yang disenaraikan? Samada ianya laman web antarabangsa ataupun tempatan, nyatakannya di ruangan komen!





0 komen:

Post a Comment